Hai ,
Hari ini saya nak bagi tips sikit untuk sesiapa yang nak melancong dalam negara atau luar negara. Tak susah pun nak buat persediaan untuk melancong.
Tips Persediaan Melancong :-
Langkah 1 : Duit Sudah Sedia Ada Atau Bajet Melancong
- Anda perlu mengira bajet pelancongan anda supaya tak terlebih pengeluaran duit, nanti balik dari melancong, nangis pulak kang. hehe
- Contoh : Bajet Flight/Kereta/Bas, Bajet Penginapan, Bajet Makan, Bajet Tempat Lawatan dan Duit Emergency. Kalau anda ambik pakej mungkin lagi murah, tapi kena juga tengok details pakej mereka yaa
Bila anda sudah buat bajet, Kita buat langkah ke 2
Langkah 2 : Set Date Melancong
- Kalau dah settle bajet tu, cari tarikh yang sesuai untuk melancong yang anda semua melancong. Saya bagi tips kalau nak pergi masa Cuti Sekolah atau Cuti Umum, saya sarankan anda semua, buat tempahan awal untuk transportation dan juga penginapan. Kalau tak buat tempahan awal, nanti full house atau harga jadi lagi mahal dari bajet kita.
Langkah 3 : Dokumen Lengkap
- Jika anda melancong ke dalam negara, tak perlu dokumen just bawa IC anda sahaja
- Jika anda melancong ke luar negara, anda perlu sediakan macam-macam dokumen. Anda perlu pastikan Passport anda still Valid for 6 Month dari tarikh anda melancong, anda juga perlu kenalpasti bahawa negara yang anda nak melancong, perlukan visa ataupun tidak. Tentang visa ini, anda perlu call atau pergi ke Embassy negara tersebut yang berada di Malaysia yang anda akan anda melancong itu atau yang paling mudah anda call Travel Agency mana-mana untuk dapatkan kepastian tentang visa. Macam susahkan ? Senang je, anda pastikan Passport Valid dan juga perlukan visa atau tidak. Itu sahaja.
Langkah 4 : Buat Tempahan Awal Untuk Transportation Dan Juga Penginapan
- Transportation : Jika anda merancangan untuk menaiki Flight, saya sarankan anda buat tempahan awal atau hari-hari tengok harga flight. Sebab kenapa ? Macam AirAsia, setiap minggu mereka mengadakan promosi. Tu sebab saya suruh anda tengok flight hari-hari. Kalau dah harga murah tu, beli je terus . Jika anda naik bas, beli tiket bas tu awal-awal ye, tapi anda kena pastikan tempat perhentian bas detinasi yang betul. Jika anda naik kereta, anda hanya perlu buat bajet untuk minyak dan juga toll juga pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik.
- Penginapan : Penginapan anda perlulah selari dengan bajet anda, kalau anda pandai cari bajet RM50 semalam pun dan memandai yang selasa dan okay untuk kita penginap tapi tak setandinglah dengan hotel bertaraf 3 bintang ke atas. Buat penempahan awal jika cuti sekolah atau cuti umum
***Note : Jika anda mengambil pakej, baca details pakej. Sebab tak semua pakej menyediakan transportation***
Langkah 5 : Search Atau Rancang Tempat Lawatan Yang Menarik Untuk Di Lawati
- Tak guna anda melancong tapi tak tahu nak pergi jalan-jalan dekat mana ? Betul tak ? Saya sarankan anda ringan-ringankan tangan anda cari dekat Google, tekan je dah keluar semua yang anda nak pergi. Senang je, tak susahkan pun. Kalau malas sangat, tanya kawan-kawan anda yang sudah pergi melancong ke tempat detinasi yang anda nak pergi itu.
Langkah 6 : Packing Barang
- Benda pertama anda perlu packing ialah barang keperluan. Contoh : Ubat-Ubatan dan Dokumen perjalanan. Anda perlu senaraikan barang-barang penting untuk diri anda, supaya nanti anda takkan dapat masalah. hehe
- Barang kehendak. Contoh : Pakaian, Pencuci Muka, Makanan Ringan dan Lain-Lain. Saya sarankan anda semua, hanya bawa barang dengan kuantiti yang sikit sahaja dan beg yang kecik. Kalau anda bawa banyak barang, macam nak pindah rumah je, itu bukan melancong namanya. hehe. Sebab barang kehendak ini, kita boleh beli di mana-mana sahaja. Cuma yang penting Barang Keperluan sahaja tau. Ingat ! hehe
Langkah 7 : Duit Emergency
- Duit emergency ini, sekiranya bajet kita terlebih time shopping atau apa-apa kes yang jadi dekat sana. Sekurang-kurangnya ada duit yang boleh menyelamatkan kita.
Bila semua dah settle,
READY TO HOLIDAY !!!!
No comments:
Post a Comment