Hai semua,
Saya nak berkongsi resepi Spaghetti Bolognese lidah orang melayu yang sangat senang di buat dan cepat. Yang tak berapa nak masam dan yang pasti SEDAP !
Bahan-Bahan Digunakan:
- Noodle spaghetti (ambik noodle pilihan hati)
- Daging cincang @ Sosej
- Bawang holland (bawang yang besar a.k.a bawang mat salleh)
- Sayur lada benggala
- Cendawan dalam tin (bukan yang kering)
- Sos spaghetti kimball (nak pakai lain jenama pun boleh)
- Sos tomato puri tin (apa-apa jenama tapi tin kecik)
- Cili Sos
- Minyak zaitun @ minyak masak
- Garam dan gula
Nampak je banyak bahan masak, tapi bila masak nanti tup tup dah siap. Sekejap je nak masak spaghetti ni. Percayalah ~
Cara Masakan:
Kuah Spaghetti
Nota: Saya suka potong bahan-bahan masakan terlebih dahulu baru start masak. Start potong sosej, bawang, sayur lada benggala dan cendawan. Potongan mengikut citarasa, kalau saya potong dadu je semua sekali.
- Panaskan minyak zaitun @ minyak masak, goreng dahulu daging cincang dan sosej. Goreng sampai masak. Saya suka kalau daging cincang rangup. Selepas itu, angkat dan ketepikan dulu.
- Bekas minyak daging tadi boleh digunakan lagi. Goreng bawang holland sampai masak.
- Masukkan sos spaghetti kimball dan sos tomato puri serta tuang sedikit air.
- Sambil mengaul sos tersebut, masukkan sedikit sos cili, garam serta gula. Rasa sos tersebut, mengikut citarasa sendiri. Saya suka masam dan pedas.
- Masukkan semua sayuran; lada benggala dan cendawan.
- Rasa rasa macam dah cukup masak, part last sekali masukkan daging cincang dan sosej.
- Gaul sampai rata. SIAP !
Sesiapa yang sukakan cheese tu, boleh masukkan sekali cheese dalam No 5 sekali. Lagi sedap !
Noodle Spaghetti
- Masukkan noodle tersebut dalam periuk dengan air sukatan 4/5 dari periuk. Masukkan garam serta minyak sedikit
- Tunggu berapa lama ? tak pernah tengok masa, hahaha. Saya selalu taste je noodle tu. Kalau rasa dah masak, tutup je api tu.
- Setelah siap, sejukkan noodle dengan air sejuk.
- Keringkan, letak sedikit minyak zaitun di noodle supaya tidak meleket.
SIAP SPAGHETTI BOLOGNESE TASTE KITA KITA
SENANG NAK DIBUAT, SELAMAT MENCUBA!