BUNGA

BUNGA

Monday, 14 August 2017

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE A.K.A TASTE ORANG MELAYU

Hai semua,

Saya nak berkongsi resepi Spaghetti Bolognese lidah orang melayu yang sangat senang di buat dan cepat. Yang tak berapa nak masam dan yang pasti SEDAP !


Bahan-Bahan Digunakan:
  1. Noodle spaghetti (ambik noodle pilihan hati)
  2. Daging cincang @ Sosej
  3. Bawang holland (bawang yang besar a.k.a bawang mat salleh)
  4. Sayur lada benggala
  5. Cendawan dalam tin (bukan yang kering)
  6. Sos spaghetti kimball (nak pakai lain jenama pun boleh)
  7. Sos tomato puri tin (apa-apa jenama tapi tin kecik)
  8. Cili Sos
  9. Minyak zaitun @ minyak masak
  10. Garam dan gula
Nampak je banyak bahan masak, tapi bila masak nanti tup tup dah siap. Sekejap je nak masak spaghetti ni. Percayalah ~

Cara Masakan:

Kuah Spaghetti

Nota: Saya suka potong bahan-bahan masakan terlebih dahulu baru start masak. Start potong sosej, bawang, sayur lada benggala dan cendawan. Potongan mengikut citarasa, kalau saya potong dadu je semua sekali. 
  1. Panaskan minyak zaitun @ minyak masak, goreng dahulu daging cincang dan sosej. Goreng sampai masak. Saya suka kalau daging cincang rangup. Selepas itu, angkat dan ketepikan dulu.
  2. Bekas minyak daging tadi boleh digunakan lagi. Goreng bawang holland sampai masak.
  3. Masukkan sos spaghetti kimball dan sos tomato puri serta tuang sedikit air.
  4. Sambil mengaul sos tersebut, masukkan sedikit sos cili, garam serta gula. Rasa sos tersebut, mengikut citarasa sendiri. Saya suka masam dan pedas.
  5. Masukkan semua sayuran; lada benggala dan cendawan. 
  6. Rasa rasa macam dah cukup masak, part last sekali masukkan daging cincang dan sosej.
  7. Gaul sampai rata. SIAP !
Sesiapa yang sukakan cheese tu, boleh masukkan sekali cheese dalam No 5 sekali. Lagi sedap !

Noodle Spaghetti
  1. Masukkan noodle tersebut dalam periuk dengan air sukatan 4/5 dari periuk. Masukkan garam serta minyak sedikit
  2. Tunggu berapa lama ? tak pernah tengok masa, hahaha. Saya selalu taste je noodle tu. Kalau rasa dah masak, tutup je api tu.
  3. Setelah siap, sejukkan noodle dengan air sejuk.
  4. Keringkan, letak sedikit minyak zaitun di noodle supaya tidak meleket.

SIAP SPAGHETTI BOLOGNESE TASTE KITA KITA
SENANG NAK DIBUAT, SELAMAT MENCUBA!